Saturday, January 31, 2009

Kenapa harus bersedekah semasa kesempitan ?

Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?
Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.
Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.”
Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.
Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?
Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau “ada lebih” baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.
Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.



“Ambillah bahagian dari harta mereka menjadi sedekah atau zakat, supaya dengan itu engkau membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk). Dan berdoalah kepada mereka, sesungguhnya doamu itu penenang bagi mereka, dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui.”
(Al-Taubah (9): 103)


“Perbandingan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah (berzakat/sedekah) seperti sebiji benih yang menghasilkan tujuh tangkai dan setiap tangkai itu pula menghasilkan seratus biji benih (buah). Dan Allah itu melipatgandakan kekayaan bagi barangsiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah itu Maha Kekayaan-Nya dan lagi amat mengetahui.”
(al-Baqarah (2): 261)

Friday, January 30, 2009

Tanda-tanda Dunia Kita Mula Terbalik

Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda 'dunia sudah terbalik'. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.

Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga 'fatwa' tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.

Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.

Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.

Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.

Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin 'hubungan seks' sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas 'pengkid' atau 'tandas saudarai'. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau 'saudarai' boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.

Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn 'Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).

Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi 'nafsu bercinta'.

Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang 'haram pengkid' dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh 'insan-insan berjawatan' itu mengambil kira soal kedudukan dan 'keselesaan kerusi' masing-masing.

Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..

Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap 'bersuami dua'.

Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.

Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.

Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai 'karenah pengurusan' yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.

Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.

Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap 'berdasarkan undang-undang syarak'. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:

"Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya". (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi'in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan 'operasi mengintip' maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..

Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; "Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami". Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di'bin'kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap 'anak luar nikah'.

Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka.. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.

Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka 'aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.

Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:

"Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa'd bin Abi Waqqas dengan 'Abd bin Zam'ah. Sa'd membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya 'Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam'ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.

Namun 'Abd bin Zam'ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam'ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa'd mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya 'Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai 'Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa'd.

Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam'ah dengan bersabda: "Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)". Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.

Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:

"Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; 'Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim". (lihat: islamonline. net).

Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!

oleh : S.S. Dr. Mohd Asri

Thursday, January 29, 2009

Keajaiban Selawat

Nabi Muhammad SAW bersabda:

'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan!
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillahwaktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillahwaktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktuuntuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menujukebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yangmenggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuathidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilaikeberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menujusyurga.

Wednesday, January 28, 2009

Bila lelaki jadi dayus

Ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila berlakunya perkara-perkara yang tersebut:-

1). Membiarkan kecantikan aurat , bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau berada diluar rumah.

2). Membiarkan isterinya balik lewat dari bekerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa , serta apa yang dibuatnya dipejabat dan siapa yang menghantarnya pulang.

3). Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebabkan aurat mereka kelihatan.

4). Membiarkan anak perempuannya keluar bersama lelaki yang bukan mahramnya.

5). Membiarkan anak perempuan berdua-duaan bersama pasangannya.

6). Menyuruh , mengarahkan dan berbanggaisteri dan anak perempuan memakai pakaian seksi ketika keluar dari rumah.

7). Membiarkan anak perempuan mempamerkan aurat dihadapan jutaan manusia (contoh bila masuk tv).

8). Membiarkan isteri dan anak perempuan disentuh lelaki yang bukan mahram (contoh : pelakon yang berpelukan).

Terlalu banyak lagi perkara yang dapat menjadikan seorang lelaki itu menjadi dayus.Jadi sama-samalah kita mendalami ilmu agama ketika hayat dikandung badan..

Tuesday, January 27, 2009

Untuk Hawa

Hawa
kenapa kaku mentaati ajaran-Nya?
Mengapa segan menjulang ad-din-Nya?
Kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Sinar islam menyuluh kita!
Memartabatkan kita!
Memayungi kita!

Harus
Kesyukuran kau panjatkan melangit
Keangkuhan kau lebur lenyap
Keengkaran kau lumat hancur

Wajib
Terpasak kukuh menyemai syukur
Tunduk merendah sebagai hamba
Malu menghiasi segenap rasa

Goncang dunia ini Hawa!
Tapi bukan dengan tangan kotor menggoda
Bukan dengan lenggok mencair taqwa Adam
Tapi dengan ilmu bersulam iman
Dengan kasih keibuan mendidik insan
Dalam melahir insan hebat
Yang menjulang panji kebenaran
Moga kau ternobat srikandi
Bersalut nikmat bukan duri

Monday, January 26, 2009

Memahami Allah Subhanahuwata’ala Dan Tuhan Yang Kita Kenali

Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, marilah kita sama-sama bermuhasabah serta membuat renungan dengan mata hati kita serta akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita tidak terjebak kepada bahaya syirik dan kemurkaan Allah dengan cara yang tidak kita sedari samada dengan hati, perbuatan atau perkataan.

Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah Maha Esa lagi Tunggal dan Dia mempunyai nama-namaNya Yang Maha Terpuji. Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya Yang Maha Terpuji sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran. Masyarakat melayu khususnya memang telah sebati dengan kefahaman dan anggapan bahawa Allah itu adalah tuhan dan tuhan itu Allah.



Ketika berdoa mereka akan menambah doa mereka dengan menyebut (contoh): ‘ Ya Allah Ya tuhanku..’ Persoalannya disini adakah layak untuk kita menganggap Allah itu adalah tuhan dan dari manakah punca serta asal perkataan tuhan..? Adakah kita menjadikan alasan bahawa nenek moyang kita sejak dari dahulu telah menggunakannya maka kita terus mewarisi kepercayaan itu tanpa kita mempunyai pengetahuan yang sebenar tentangnya ? Tahukah kita akan maksud sebenar dan perbezaan antara perkataan ‘tuhan’ ‘ Robb’ dan ‘Ilah’ yang selalu kita temui didalam terjemahan Al-Quran serta kitab-kitab agama yang kita baca? Selama ini mungkin kita memahami ketiga-tiga perkataan tersebut dengan satu maksud iaitu ‘tuhan’ (sebutan yang digunakan oleh bangsa Melayu sahaja ) sedangkan sebenarnya tidak ada perkataan Arab yang boleh merujuk kepada perkataan‘tuhan’. Para Nabi dan Para Rasul yang diutus oleh Allah adalah dari kalangan bangsa arab dan Al-Quran juga telah diturunkan oleh Allah didalam bahasa arab .

Firman Allah s.w.t.:

Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu adalah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata. ( Surah An-Nahl – ayat 103 )

.

Al-Quran telah menyebutkan bahawa Robb atau Ilah yang merupakan bahasa arab itulah yang selayaknya panggilan untuk Allah. Kita mengambil contoh, sejak dari zaman Nabi Adam hinggalah ke hari ini perkataan ‘Nabi’ itu adalah tetap disebut sebagai ‘Nabi’ juga tanpa ada kata ganti yang lain baginya. Mengapakah bagi nama Allah dengan sengaja kita ( bangsa melayu ) mengadakan satu ganti nama yang lain pula dengan menyebut perkataan ‘tuhan’ itu ? Kita sebenarnya amat tidak layak untuk memberikan kata ganti bagi nama Allah melainkan perkataan Robb atau Ilah saja sebagai kata ganti bagi merujuk kepada Allah seperti yang telah dijelaskan didalam Al Quran .

Nama Allah hendaklah kekal dan perlu sentiasa disebut sebagai Allah kerana ia merupakan sebuah nama khas yang bersifat ‘universal’ ( sejagat ) yang telah diwahyukan oleh Allah melalui para Rasul dan telah diketahui secara menyeluruh oleh seluruh umat Islam di dunia ini.Selain dari bangsa melayu mereka tidak akan faham jika kita menyebut perkataan tuhan dan mereka juga tidak perlu untuk menyebut perkataan tersebut kerana ia bukan satu tuntutan ( tiada hukum yang mewajibkan untuk menyebutnya ) kerana hanya nama Allah yang dituntut untuk disebut oleh seluruh umat Islam.Kita boleh mengambil contoh dengan bertanya kepada umat Islam berbangsa asing ataupun penjual karpet yang berbangsa Pakistan yang ada didalam negara kita ini tahukah mereka siapa itu tuhan, mereka akan menggelengkan kepala tidak tahu, tetapi apabila disebut nama Allah mereka akan kenal dan sedia mengetahui. Oleh yang demikian umat Islam di Malaysia hendaklah memahami hanya nama Allah yang perlu disebut kerana Allah adalah pencipta kita dan sebagai ‘ TUAN ’ (bukan tuhan) yang empunya kepada seluruh alam ini termasuklah berbagai bangsa yang ada diatas muka bumi ini dimana mereka hanya menyebut hanya nama yang satu iaitu Allah. Definasi Tuhan adalah berbeza dan sangat bertentangan dengan kesucian Zat Allah s.w..t. yang maha tunggal berdasarkan fakta yang akan dikemukakan dibawah .

Dua Fakta Tentang Asal Usul Perkataan Tuhan

Pertama :-

Didalam majalah Tiara kajian Alif Danya Munsyi, asal usul perkataan tuhan hanyalah ‘pelesetan’ dari kata Tuan dimana ia berpunca dari seorang Belanda yang telah tersalah sebut perkataan ‘Tuan’ Kepada tuhan. Paulus yang berasal dari Turki telah memanggil Isa Al-Masih dengan panggilan ‘Tuan’. Pada setiap akhir suratnya, Paulus selalu menyebut Isa Al-Masih sebagai Tuan: ‘Semoga rahmat Isa Al-Masih Tuan kita menyertai roh kita.’


Ketika tulisan surat tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, ia dimulakan pada tahun 1663 oleh seorang yang berbangsa Portugis bernama Browerius.Pada ketika itu gelaran bagi Isa Al-Masih masih lagi Tuan, tetapi ketika orang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 menterjemahkan surat-surat Paulus itu, sebutan Tuan telah berubah menjadi tuhan. Dengan kata lain, Leijdecker yang pertama kali menulis perkataan Tuhan. ( sila rujuk laman web http://wiriajaya.multiply.com/journal/item/85 ).

Dengan demikian, dapat difahami bahwa perkataan tuhan masuk kedalam bahasa Indonesia sebagai pengaruh teologi agama ( kristian ) pada mulanya hanyalah sebagai 'pelesetan' atau 'salah tulis' oleh seorang Belanda, tapi selanjutnya dibakukan sebagai perkataan baru yang disejajarkan dengan kata ‘Ilah’ dan ‘Robb’ dalam bahasa Arab. Kerana itulah dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, W.J.S. Poerwadarminta (seorang Katolik) tidak memberikan keterangan apa pun tentang kata Tuhan, kecuali menyamakannya dengan Allah!

Kedua :-


Perkataan tuhan juga berasal daripada bahasa sanskrit iaitu bahasa kuno yang di gunakan oleh agama Hindu di Indonesia. Ini disebabkan agama Hindu adalah yang terawal masuk ke Indonesia juga di Malaysia sebelum berkembangnya agama Islam di dua negara tersebut. Penganut agama Hindu beranggapan bahawa sesuatu yang berkuasa seperti dewa-dewa mereka itu sebagai tuhan.Kesan dari pengaruh agama Hindu yang ada pada masa itu atau melalui bekas penganutnya yang memeluk Islam Allah yang maha berkuasa itu juga telah dianggap sebagai tuhan. Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman atau ikut-ikutan, dimana Bahasa Melayu sebenarnya hanya mempunyai tiga perkataan yang asal atau asli iaitu ‘batu’, ‘kayu’ dan ‘padi’. Ini bermakna bahawa perkataan tuhan juga adalah bahasa pinjaman daripada bahasa sanskrit yang digunakan oleh penganut Hindu dan mempunyai maksud yang sangat bertentangan dengan keesaan Allah iaitu tu bermakna Kepala dan han pula bermakna Dewa ( Kepala Dewa) yang mana, dewa adalah sembahan kepada penganut agama Hindu. Jika merujuk makna tuhan seperti yang terdapat didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat (2005) diantara maksud tuhan juga disebut sebagai Dewa berkepala Dua .


Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, kita hendaklah menyedari bahawa pengedaran kitab suci Al-Quran yang mempunyai terjemahan ke dalam bahasa melayu di negara kita pada awalnya banyak diterbitkan dan dicetak dari Negara Indonesia. Kita orang melayu yang beragama Islam di Malaysia hanya mengikut dan menukarkannya daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia. Sedangkan ada perkataan melayu seperti perkataan tuhan itu tidak ada maknanya untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Tidak menjadi masalah jika kita berdoa didalam bahasa arab tetapi jika kita berdoa didalam bahasa melayu kita hendaklah lebih berhati-hati supaya kita tidak tersalah tujuan kerana mengungkapkan perkataan yang salah.Tidak perlulah kita menggunakan perkataan tuhan lagi ketika berdoa, cukuplah dengan berkata contohnya: ’Ya Allah wahai penciptaku...’.ataupun gunakanlah 99 namaNya yang maha terpuji seperti yang terkandungg didalam al Quran kerana yang demikian itu adalah tuntutan yang sebenarnya.

‘Robb’.

Robb adalah daripada perkataan arab yang terkandung didalam Al-Quran. ‘Robb’ itu adalah sifat Allah sebagai Al-Khaliq iaitu sifat Allah yang Maha Pencipta, Pendidik dan Pengatur bagi alam semesta ini. Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “Allah adalah pencipta Adam lalu Allah mendidik Adam dan Allah jualah yang mengatur kehidupan Adam”. Oleh itu “Robb” tidak boleh diberi makna sebagai tuhan seperti yang terdapat didalam terjemahan Al-Quran yang ada kini kerana terjemahan perkataan tuhan itu sebagaimana yang telah dijelaskan diatas mempunyai maksud yang sangat tidak baik kepada Allah.. Pengertian Robb telah disalah ertikan oleh golongan terdahulu dan diantara kesalahan penggunaan perkataan Robb yang perlu diperbetulkan sebagai contoh adalah ketika kita berdoa :- “Ya Allah, Ya Robbi” apabila ditukar kepada bahasa Melayu ia hendaklah bermaksud, “Ya Allah, Wahai Penciptaku, Pendidikku, Pengaturku”, bukan ‘Ya Allah Ya tuhanku’.


Ilah’.

Salah satu perkara fundamental yang berkait dengan aqidah seorang muslim dalam mentauhidkan Allah ialah pengertian Dua Kalimah Syahadah. Didalam ucapan kalimat Laa ilaaha ill-Allah itu terdapat kata Ilah yang seringkali diterjemah dengan perkataan tuhan. Padahal terjemahan itu tidak terlalu menjelaskan makna Ilah tersebut. Dalam bahasa arab ‘Ilah’ itu mengandungi maksud yang lebih tepat dengan tiga makna mendasar yakni (1) mahbuub (yang dicintai), (2) matbuu’ (yang dipatuhi/ditaati) dan (3) marhuub (yang ditakuti). Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “ Aku naik saksi bahawa tidak ada yang kucintai, lalu kupatuhi dan kutakuti selain daripada Allah”.

Selain itu di dalam pengajian ilmu tauhid selama ini kita juga telah diajar bahawa sifat 20 itu sebagai Sifat ketuhanan sedangkan sepatutnya kita memahaminya sebagai Sifat Allah / Sifat Pencipta ( Al-Khaliq ) bukan sifat ketuhanan. Wahdaniah adalah antara sifat Allah yang terkandung didalam sifat 20 yang wajib bagi Allah dimana ia menjelaskan bahawa Allah itu tunggal tidak berbilang-bilang.Perkataan tuhan apabila disebut sebenarnya menjadi terlalu umum dan tidak merujuk terus kepada Allah kerana disana ada tuhan Hindu, tuhan Buddha, tuhan Kristian dan bermacam-macam lagi kerana sememangnya tuhan itu sifatnya adalah berbilang-bilang.Adalah tidak wajar untuk mengaitkan Allah dengan sifat ketuhanan kerana terdapat banyak tuhan yang hendak dikenalpasti sedangkan pada hakikatnya hanya Zat dan Sifat Allah Taala sendirian yang wujud dan hanya Allah sahaja pengatur serta pentadbir alam ini tidak ada yang lain.Biarlah hanya orang-orang bukan Islam atau yang musyrik saja terus dengan anggapan dan kepercayaan mereka untuk menyebut dan mempunyai tuhan-tuhan.Umat Islam hanya perlu menyebut nama Allah Yang Maha Esa secara mutlak ( sebagai Pencipta / Robb / Ilah kita ) dimana ucapan kita tidak akan sama seperti mereka ( tidak perlu ada tuhan) sebagai membezakan ketunggalan dan keesaan Allah yang tidak boleh disamakan atau ada perbandingan bagiNya dengan sesuatu juapun. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan.

Setelah kita mengetahui akan hakikat perkataan tuhan itu, bermula dari saat ini marilah kita memperbanyakkan menyebut nama Allah s.w.t. atau nama-nama-Nya didalam Asmaul-Husna samada didalam kehidupan seharian atau ketika beribadah kerana itulah nama sebenar bagiNya yang layak untuk dipanggil. Janganlah lagi kita menganggap tuhan itu adalah Allah kerana tuhan itu bukan nama ataupun gelaran bagi Allah sebagaimana sangkaan ataupun anggapan umat Islam yang berbangsa melayu selama ini.Jika kita berdoa dengan mengungkapkan perkataan Tuhan sebenarnya seolah-olah kita telah tersilap alamat untuk menyampaikan hajat kita ke destinasinya yang betul menyebabkan doa kita tergantung atau lambat dimakbulkan kerana kita telah menambah nama yang bukan nama Allah berserta namaNya yang mulia.Kita menyangka dengan menyebut tuhan bersama nama Allah itu lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah sedangkan pada hakikatnya apa yang kita sebut itu mempunyai maksud yang tidak baik sebagaimana yang telah dijelaskan tadi. Disebabkan kita tidak pernah mengkaji kita perlu akui bahawa kesilapan yang tidak kita sedari seperti ini menyebabkan kita seolah-olah tidak dihiraukan oleh Allah.Dengan sebab itu pelbagai masalah terus melanda negara kita samada politik atau sosial dan sebagainya tanpa ada jalan penyelesaiannya disamping tekanan hidup yang semakin menghimpit umat Islam dewasa ini.

Bagi umat Islam,lazimnya ketika mereka sedang sakit secara spontan mereka akan merintih dan menyebut nama “Allah..Allah..Allah..” dengan jelas dan penuh pengharapan dan tidak mungkin ada yang menyebut tuhan..tuhan..tuhan” pada ketika itu.Begitu juga apabila kita terpandang kalimah Allah di langit misalnya, sudah tentu kita akan berkata bahawa kita telah melihat kalimah Allah dan bukan kalimah tuhan tetapi mendukacitakan kerana ramai dikalangan kita yang lebih banyak dan suka menyebut perkataan tuhan berbanding menyebut nama Allah dalam perbualan seharian sedangkan sepatutnya kita bersyukur dan berbangga untuk sentiasa menyebut nama Allah.Kita membantah apabila sekumpulan penganut kristian memohon untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka sedangkan kita sendiri lebih suka menyebut perkataan tuhan berbanding nama Allah itu sendiri. Adakah kita malu untuk menyebut nama Allah atau kita merasakan hubungan kita dengan Pencipta kita itu begitu jauh sekali? Fikirkanlah...

Seterusnya lihatlah pula contoh perbandingan diantara senikata lagu Negaraku dan lagu Negeri Johor. Mengapakah didalam senikata lagu Negaraku menggunakan perkataan tuhan sedangkan senikata lagu Negeri Johor tidak ada walau sepatah pun perkataan tuhan melainkan yang ada hanyalah nama Allah. Ini bermakna seluruh pelajar di Negeri Johor termasuklah pelajar-pelajar yang bukan Islam sejak sekian lama telah menyebut nama Allah ketika menyanyikan lagu tersebut tanpa sebarang masalah yang berbangkit. Jika lagu Negeri Johor boleh menggunakan sepenuhnya nama Allah, mengapa tidak kita jadikannya sebagai contoh yang baik untuk diikuti dengan menggantikan perkataan tuhan itu kepada nama Allah samada didalam lagu Negaraku, Rukunegara dan lain-lain lagi serta yang lebih penting lagi adalah ketika kita beribadah kepada Allah khususnya ketika berdoa supaya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Sila rujuk senikata kedua-dua buah lagu dibawah ini:


Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-ansi-language:#0400; mso-fareast-language:#0400; mso-bidi-language:#0400;}

Lagu Negaraku

Negaraku, tanah tumpahnya darahku

Rakyat hidup ,bersatu dan maju

Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan

Raja kita, selamat bertakhta

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan

Raja kita, selamat bertakhta

Lagu Negeri Johor

Allah peliharakan Sultan

Anugerahkan dia segala kehormatan

Sihat dan ria kekal dan makmur

Luaskan kuasa menaungkan kami

Rakyat dipimpini bersama lagi

Dengan perintah bersatu hati

Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan


Mudah-mudahan apabila kita sanggup untuk melakukan perubahan dengan memperbanyakkan menyebut nama Allah akan terbukalah pintu-pintu rahmat dan kurniaan Allah kepada kita semua..insyaallah. Percayalah, bahawa kita tidak akan rugi walau sedikitpun jika kita meninggalkan dari menyebut perkataan tuhan itu tetapi kita sangat merugi jika kita tidak mahu menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya kerana hanya kepada Allah pergantungan hidup kita di dunia dan akhirat.Meskipun penggunaan perkataan tuhan ini telah sekian lama berlarutan adalah diharapkan agar para Alim Ulama, Para Cendikiawan Islam dan pihak yang berkuasa khususnya di negara kita Malaysia supaya dapat menerima serta memahami apa yang cuba disampaikan disini dengan hati yang terbuka, berlapang dada, berjiwa besar serta sentiasa bersandar kepada hidayah Allah dalam mencari kebenaran seterusnya bersama memainkan peranan yang penting untuk menyampaikannya pula kepada seluruh umat Islam dalam memperbetulkan kekeliruan kita selama ini. Allah mempunyai nama-nama-Nya yang baik, oleh itu gunakanlah nama-nama Allah yang baik itu didalam kehidupan kita dan berdoalah sebagaimana contoh berikut :- “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…” Bukankah indah dengan doa yang sebegini…dan janganlah kita menyebut perkataan tuhan itu lagi…

Firman Allah s.w.t.

Dan Allah mempunyai nama-namaNya yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. ( Surah Al-A’raaf, ayat 180 )

Apa yang diperjelaskan disini bagi sesetengah pihak mungkin menganggap ia hanya membabitkan soal istilah atau bahasa yang agak remeh dimana kita hanya perlu bergantung kepada apa yang kita niatkan ketika menyebutnya…Tugas kami hanya menyampaikan dan menjelaskan semata-mata kerana Allah. Sedari dan yakinlah bahawa, diatas dunia ini mungkin ia dipandang remeh tetapi kita bimbang jika ia menjadi suatu yang sangat berat setelah kita berhadapan dengan Allah di akhirat kelak kerana salah satu perkara yang boleh menjejaskan iman dan akidah kita disisi Allah adalah melalui perkataan.Walaupun kalimah Laa ilaha illallah itu ringan dibibir tetapi timbangannya adalah lebih berat dari dunia dan seisinya! Fahamilah ia..

Sebagai penutup ingatlah wahai kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi, bagi mereka yang merenung dengan matahati, mereka tentu meyakini bahawa dunia ini sebenarnya telah semakin menghampiri ke penghujungnya.Samada kita sedar atau tidak, hari kebangkitan yang dijanjikan oleh Allah pasti akan terjadi secara mengejut ketika manusia asyik leka dengan urusan dunianya.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha membersihkan nama Allah dan memperbanyakkan menyebut nama Allah didalam kehidupan kita yang berbaki ini. Tinggalkanlah sesuatu yang tidak berkaitan dan tidak dituntut ketika ingin menyebut nama Allah agar kita beroleh keredhaanNya di dunia dan akhirat. Semoga Allah menjadikan kita semua sebagai hambaNya yang sentiasa bertaubat dan diberikan keampunan.amin..Wassalam.

Membersih Nama Allah

Sunday, January 25, 2009

AYAT2 AL QURAN UNTUK DIAMALKAN


Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa ' - Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah


1 MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH

Langkah 1 :
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

SUBHANA ' LLAH
ALHAMDULI ' LLAH
LAA I LAAHA ILLA ' LLAH
ALLAHU AKBAR
ASTAGHFIRU ' LLAH
LAA ILAAHA ILLA ' LLAH, MUHAMMADUR RASULU ' LLAH
ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHIWA SAHBIHI AJMA ' EEN

Langkah 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

Langkah 3:
Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang yang anda
kasihi

Hasil 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

Hasil 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

Hasil 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat