Wednesday, December 24, 2008

MEREDAKAN TEKANAN

SEMUA orang biasa mengalami tekanan dalam hidup.Cuma yang bezanya adalah adakah seseorang itu mampu menghadapi dan menangani tekanan dengan baik atau sebaliknya hingga ada yang bertindak diluar batasan kerana terlalu tertekan.Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan untuk mengurangkan tekanan kerja atau hidup.Antaranya ialah : -

1) BIASAKAN DIRI DALAM KEADAAN BERWUDUK

- Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan.Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.Para pelajar misalnya,disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati .

2) PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN

- Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur.Oleh itu,jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.Membaca Al-Quran juga mampu membuatkan kita tenang sekaligus melupakan masalah yang sedang dihadapi .

3) BANYAKKAN SOLAT SUNAT

- Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah,kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.Antaranya,dengan mendirikan solat sunat.Solat sunat hajat,solat sunat taubat,solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam.Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) SELALU BERDOA KEPADA ALLAH

- Allah selalu berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya.Ini beerti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan perlulah dilakukan secara berterusan.Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam jumaat,tengah malam,pagi sebelum waktu Subuh,malam hari raya,ketika sewaktu azan dan iqamah.Insya-Allah,Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.Namun,kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha bersunguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu disamping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

- Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup.Semuanya itu adalah ujian daripada Allah S.W.T yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya.Oleh itu,kita mestilah Bersangka baik kepada Allah dan janganlah menyalahkan DIA jika terjadi sesuatu pada diri kita.Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik satu-satu kejadian itu.

6) LAKUKAN KEGIATAN LUAR SEPERTI BERSUKAN DAN BERIADAH

- Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas.Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh seperti bersukan.Situasi ini akan menjadi lebih mengembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga beriadah.Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) AMAL DIET DENGAN DISIPLIN YANG KUAT

- Pengambian makanan berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja.Oleh itu,cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik lain seperti lemah jantung,darah tinggi mahupun kencing manis.

8) MENANGIS DENGAN SEPUAS HATI

- Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan dalam sehelai kertas.Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “ Luaran lain hati lain ” .Ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan,mereka seolah-olah tidak menunjukkan masalah mereka itu.Sebagai contoh,mereka sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui.Maka dengan itulah,menangis adalah salah sartu cara kita dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja.Menangislah sepuas-puas hati hingga anda berasakan sedikit kelegaaan.

9) HARGAI KEBOLEHAN DIRI SENDIRI

- Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri.Apabila kita mempunyai keyakinan diri,maka kita tidak akan mempunyai masaalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masaalah.Apa yang penting ialah,kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) CINTAI DIRI SENDIRI

- “ Cintailah diri kamu sebelum kamu mencintai diri orang lain ” .Jelas maksud sepotong hadis ini,kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain.Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas.Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman .



RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM


FORMULA pemakanan genius-genius islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka.Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa sendiri.Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kembali kepada umum.Sekarang semacam ada kecenderungan dikalangan ilmuan islam dan bukan islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya,khususnya terhadap susu,madu dan telur.Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan

1) MADU

- Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Al-Quran mengiktirafnya sebagai “ Shifa ” iaitu penyembuh penyakit.Manisan madu digelar “ Raja Ubat ” ,dapat menyembuh kebanyakan penyakit.Ia adalah makanan untuk keseluruhannya.Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin,mineral,protein,antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.Madu juga mengandungi pelbagai zat galian,sulfur,fosforus,zat besi,karbon,magnesium,potassium ( kalium ),kuprum,silica,klorin,manganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal – mental . Rasullullah S.A.W bersabda, “ Siapa ingin hafal,hendaklah ia minum manisan madu ”.Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental dimana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir,membaca,merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 Sudu the pada waktu pagi dan malam

PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.Sangat merbahaya !

2) KISMIS

- Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi disalurkan ke otak.Kekurangan Oksigen menyebabkan mudah mengantuk,pelupa,lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir .

CARA MAKAN : i) Menghadap Kiblat

ii) “ Bismillah ” selawat ke atas nabi ( 3 kali )

iii) Baca doa penerang hati

iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula.Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang

v) Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 biji setiap hari

3) MADU

- Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal.Susu mengandungi tiga unsure semula jadi iaitu keju,lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat.Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,lemak,protein,semua jenis vitamin,mineral dan air.Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.Rasullullah S.A.W menerangkan yang susu boleh menguatkan belakang,menambahi akal,memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing,biri-biri dan lembu yang segar.Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM : i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam

ii) Baca “ Bismillah ” dan doa minum susu seperti yang dibaca Rasullullah S.A.W

4) TELUR

- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak,badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.Ia mengandungi protein,mineral,vitamin,kalsium,kuprum,magnesium,fosforus,kalium,sulfur,natrium,klorin,zat besi,air,choline dan bahan ekstraktif.Sabda Nabi S.A.W, “ Sesungguhnya seorang Nabi A.S mengadu kepada Allah ( kerana dia ) lemah badan.Maka Allah S.W.T memerintahkannya supaya memakan telur ”.Telur terutama telur kuning,berupaya mengatasi masaalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru .

5) HALIA

- Hanya sangat mujarab untuk gejala kelupaan.Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa,iaitu menjadikannya manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.Ia hanya perlu dimakan sedikit pada waktu pagi .

6) LIMAU OREN

- Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.Menurut hadis Nabi S.A.W ,limau-limau jenis lain juga elok diamalkan .

7) BUAH DELIMA

- Untuk penerang hati.Sabda Nabi S.A.W , “ Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya,sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari ” .

8) DAGING BURUNG MERPATI

- Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai islam dan Melayu dahulukala.Ia mengandungi protein,lemak,kalsium,fosforus dan kalori.Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.Kaedah ini sangat popular dan berkesan.Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM

- Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia.Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular.Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM

- Berbanding dengan semua jenis daging,ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.Daging betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.Abu Musa R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI

- Menambah darah,sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan .

12) HATI

- Terutamanya hati ayam dan lembu.Mengandungi pelbagai jenis vitamin bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal .

13) KEKACANG

- Beberapa jenis kacang seperti gajus,berangan,kacang soya,pistachio dan lain-lain.Kacang Pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.Memakan kacang Pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi

14) BUAH BADAM

- Untuk meningkatkan kecerdasan

15) BUNGA KOBIS

- Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental .

16) LABU

- Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.Sabda Nabi S.A.W , “ Makanlah labu,ia mencerdaskan akal ” . Baginda juga berkata , “ Jika kamu membuat sup ( atau kuah ) , memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal .

17) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )

- Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan .

18) MINYAK SAPI

- Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil .

No comments: