Friday, December 26, 2008

MENCEGAH KANSER

KANSER merupakan antara penyakit yang digeruni dan antara penyakit tertinggi yang menyebabkan kematian manusia .Penyakit kanser terdiri daripada pelbagai jenis.Kanser Payudara,kanser Rahim,kanser paru-paru,kanser usus adalah sebahagian daripadanya. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard,Amerika mendapati selain daripada faktor genetic,kanserr juga boleh berlaku disebabkan cara hidup dan faktor sekeliling.Contohnya,30% daripada kanser berpunca daripada rokok,30 % lagi daripada pemakanan yang tidak sihat dan 10 % kerana tabiat buruk seperti tidak bersenam dan menjaga kesihatan .Apakah Tips untuk mencegah kanser dalam diri kita.Tips di bawah mungkin dapat membantu,mencegah lebih baik dari merawat .

BERHENTI MEROKOK

- Merokok adalah penyebab kepada 90 % jenis kanser paru-paru selain antara punca kanser mulut,esophagus,pundi kencing,buah pinggang dan pankreas.Kandungan nikortin,tar dan karbon monoksida juga berisiko menyebabkan penyakit jantung,pernafasan dan angin ahmar.Lebih membahayakan,ia bukan saja berisiko kepada perokok itu sendiri tetapi juga pada orang di sekeliling yang terhidu asap rokok tersebut.

KURANGKAN BERAT BADAN

- Kajian menunjukkan ada kaitan antara kegemukkan dengan kanser.Ia berkait rapat dengan kanser uterin kerana lemak yang berlebihan menambahkan jumlah oestrogen dalam darah.Menurut laporan mengenai pencegahan kanser,wanita yang berat tubuhnya 35 % melebihi berat normal berisiko 55 % untuk kanser Rahim,buah dada,serviks,endometrium,kilang telur dan hempedu.Bagi lelaki pula berisiko 40 % untuk kanser usus besar dan prostat

LAKUKAN SENAMAN

- Senaman membantu mencegah sakit jantung dan tulang malah juga mencegah kanser.Melakukan senaman ringan dengan kerap membantu membuang bahan kumuh dengan cepat daripada sistem pembuangan dan karsinogen ( punca kanser ) yang terdapat dalam makanan.Senaman juga mengurangkan risiko barah buah dada dan prostat.Apa yang perlu anda laukan adalah aktiviti sederhana sejam setipa hari seperti berkebun atau menaiki tangga

MAKAN SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

- Kandungan yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai Psitokemia berupaya mencegah kanser secara semula jadi.Disarankan supaya kita mengambil pelbagai sayuran dan buah-buahan setiap hari.Makanan ini membantu mencegah kanser dengan mengganggu proses menukar hasil makanan itu menjadi karsinogen.Antara sayuran-sayuran yang baik dimakan seperti brokoli,kobis,lobak,tomato dan juga bawah putih

MINUM TEH

- Kuasa pencegahan kanser dalam teh datangnya dari Flavonoids iaitu kandungan antipengoksidaan yang terdapat dalam the hijau dan hitam.Satu kajian yang dilakukan di Universiti Minnesota terhadap golongan wanita yang putus haid mendapati mereka yang minum dua atau tiga cawan teh sehari , 68 % kurang mendapat risiko kenser saluran kencing dan 32 % kurang mendapat risiko penghadaman berbanding dengan golongan wanita yang tidak minum teh langsung

KURANGKAN MAKAN DAGING

- Kajian mendapati ada sesetengah komponen daging yang boleh menyebabkan tubuh badan lebih terdedah kepada kassinogen.Kerana itu,mereka yang kuat makan daging,risiko mereka akan terkena kanser usus dan prostat adalah dua kali ganda daripada mereka yang kurang makan daging.Kerana itu sebaiknya kurangkan pengambilan daging dalam menu makanan anda.Begitu juga dengan cara memasaknya . Suhu yang tinggi boleh menyebabkan karsinogen pada daging.Lebih elok jika daging itu dipanggang dalam ketuhar buat beberapa minit sebelum dimasak .

ELAKKAN MINUMAN ALKOHOL

- Mereka yang suka minuman beralkohol mempunyai risiko tinggi untuk menghidap kanser hati,esophagus ( apabila dia juga seorang perokok ) usus besar ( kerana paras asid folid yang rendah ) dan kenser dubur

No comments: