Wednesday, December 10, 2008

Indahnya Wanita

Salam...

Kecantikan seseorang wanita terletak sejauh mana dia dapat
mempertahankan perasaan malunya..., manakala kegagahan seorang
lelaki terletak sejauh mana dia dapat menahan rasa
marahnya.

Akuilah hakikat bahawa Islam telah mengubah martabat wanita,
dari zaman silam hingga kini, meskipun sejarah tidak melupakan tamsilan
wanita sebagai bunga..

suatu masa dahulu... bunga bunga yang sepatutnya menjadi hiasan
kehidupan serta mendapat penghormatan sewajarnya, ia adalah
penyeri dan teman...wanita pernah didedapkan -
menjadi simbol nafsu dan bebas diperlakukan semahu mahunya.

Ia adalah sejarah hitam dalam kehidupan wanita.

Bangsa Rom purba menganggap wanita itu seperti najis, mereka
mengikat mulut wanita seperti diperlakukan ke atas anjing gila.
bahkan wanita juga tidak dibenarkan berbicara atau ketawa.
sekiranya ada di antara mereka yang berbuat kesalahan yang
seriuss, dia akan dicurah dengan air panas hingga mati.

Demikian dahsyatnya bangsa Rom purba menindas kaum wanita.

Begitu juga dengan bangsa Arab Jahiliah, sebelum kedatangan Islam,
wanita diperlakukan seperti haiwan, apabila kaum ibu melahirkan
anak perempuan, anak perempuan itu akan di tanam hidup hidup.

walaupun tidak semuanya dibunuh, anak perempuan yang terselemat
menerima nasib yang amat malang, anak anak ini dianggap sebagai budak
suruhan, jika rupa mereka cantik, akan dijadikan boneka, dipergunakan
untuk memuaskan nafsu kaum lelaki.

Amat sedikit perempuan yang terpelihara kehormatannya ketika itu.

Kemudian, apabila lahir Rasulullah saw seorang pemimpin dunia yang
sangat adil, dengan kemuliaan dan ketinggin darjatnya di sisi ALLAH
swt, telah mengangkat darjat kaum wanita dan diberi hak ke atasnya.

Dengan kedatangan rasulallah saw dan Islam yang dibawah baginda,
kaum wanita dimuliakan dan di beri perlindungan dijaga kehormatan
serta maruahnya.

Firman ALLAH yang bermaksud;

"dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf (kebaikan) akan tetapi para suami
mempunyai satu tingkatan kelebihan dari isterinya"
(Al_Baqarah:228)



sejak itu, wanita dimuliakan...
dengan diberi pelbagai kelebihan.

Apa untungnya menjadi wanita..?

pernah dengarkah.., hadis Nabi saw tentang doa wanita lebih makbul daripada lelaki, kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki?

Rasulallah bersabda; "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
penyayang tidak akan sia sia.."

apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristigharlah para malaikat untuknya, ALLAH mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

ini tidak ada pada lelaki, orang lelaki tidak boleh mengandung,'
dia tidak akan dapat keistimewaan itu.(hanya ALLAH yang tahu..)

ada hadis yang mengatakan apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala bagi orang
yang berjihad pada ALLAH, maknanya dia tidak perlu pergi berperang
untuk mendapatkan pahala jihad..

banyak lgi hadis yang menceritakan keisitmewaan wanita...

yang penting sekali, syurga di bawah tapak kaki ibu..

Ibu tentulah seorang wanita.

apakah kita tidak rasa beruntung bahawa
syurga berada di bawah tapak kaki kita...(wanita..)..
(bagi wanita yang beriman)....


semoga kita semua berasa beruntung menjadi wanita...

No comments: