Wednesday, November 12, 2008

nasihat untuk orang cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan
dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia
yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda
telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali
daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan
bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk,
tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar
bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda
alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan
gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan
mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita
memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,
mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat
kekurangan-kekurang an yang ada pada diri anda. Nah,
anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk,
ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda
sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak,
tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan
memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik,
ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada
jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di
wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu
menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba,
bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua
mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH
supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah
halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan
kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh
berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan
balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup
orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk
setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana
disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik
tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan
ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga
yang buruk sebab dia berterus-terusan saja
mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang
cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran
manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah
ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak
memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam
hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang
cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran
manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab
kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

No comments: