Wednesday, November 12, 2008

Baiki cara solat kita...khas buat perempuan

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din
sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi
kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat.
Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg
lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan
terlalu rendah kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam
ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di
kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan
solat,penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk
"menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita
berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.

Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2
tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk
diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN.

Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan
betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan
yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu
menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil
membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah
bertakbir,pencerama h menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh
adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya
adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii.Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.
Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah
lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas
sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke
atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn
kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati
badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn
penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan
berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat
(90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman
hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa
lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru
diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah
> >sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara
> >kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke
> >hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7
> >iaitu dahi,kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki
> >(setakat jari shj).
> >
> >Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
> >
> >6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
> >
> >i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung
> >lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari
> >menghadap kiblat.
> >
> >7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm
> >keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,
> >gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
> >
> >8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
> >"....illallahh. .." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan
> >diturunkan sehingga memberi salam.
> >
> >9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.
Menoleh
> >sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai
di
> >sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika
> >bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180
> >darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan
> >sebaliknya.
> >
> >10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
> >punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm
> >keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
> >dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah,
kita
> >sedang menghadap yg Esa.
> >
> >Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para
> >hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2
yg
> >tertentu.
> >
> >Antaranya:
> >
> >1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.
Sekiranya
> >kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna
> >kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg
> >tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
> >
> >Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan
> >sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di
dlm
> >telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika
> >diamati dari luar telekung.
> >
> >2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,
> >sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
> >Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi
> >menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi
> >pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud,
> >kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah
> >aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai
stokin
> >yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika
bersukan)
> >ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
> >
> >3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Adayg
berlubang2
> >sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut
> >pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini
> >akan
> >terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Sama2lah
> >kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
> >
> >Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.
Solat
> >yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak
> >berat.Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya
kini
> >memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam
> >utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2
terasa
> >panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba
> >seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari
> >segi khusyuk solat,saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,
> >inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.
> >Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar
> >susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.
> >
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,
harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg
buruk itu dari saya.

Wassalamu.

No comments: