Thursday, December 25, 2008

MENGAPA WANITA MATI SYAHID KETIKA HAMIL

Dari Jabir bin ‘ Atik, Rasullullah S.A.W bersabda : “ Mati Syahid itu ada tujuh selain mati terbunuh dalam medan perang.Yang pertama ialah mati kerana penyakit tha’un.Kedua mati kerana tenggelam .Ketiga mati kerana penyakit lambung.Keempat mati kerana sakit perut.Kelima mati kerana terbakar.Keenam mati kerana ditimpa keruntuhan dan ketujuh,wanita yang mati ketika hamil atau kerana melahirkan anaknya ” ( Hadis Ahmad Abu Dawud,Nasa’I dan Malik ) .

Dalam hadis ini ,jelas Rasullullah menjelaskan betapa istimewanya kedudukan wanita yang hamil jika meninggal dunia dalam saat kehamilannya itu.Allah S.W.T member jaminan bahawa golongan wanita ha,il akan mendapat syurga sebagaimana janji Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syahid di medan perang demi untuk membela agama Allah .Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita hamil yang meninggal ketika melahirkan anak menunjukkan berapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita.Perlu diketahui,kaum wanita mempunyai peranan besar dalam menentukan pengembangbiakan jenis manusia yang Allah tempatkan di muka bumi ini.Pengembangan jumlah manusia di dunia ini berjalan secara wajar melalui kehamilan kaum wanita hasil dari hubungan bersama suami mereka.Kesediaan kaum wanita untuk hamil dengan risiko yang amat tinggi memang sudah layak dan seharusnya mendapat balasan yang besar dari Allah yang berupa balasan yang seimbang dengan risiko yang dipikul mereka iaitu syurga di akhirat kelak.

Mungkin ramai wanita tidak sedar bahawa kehamilan mempunyai fungsi yang sangat penting dalam dunia ini kerana faktor seperti berikut :

A) Dengan kehamilan,manusia mengembangkan amanat Allah untuk perkembangan jumlah dan jenis hambaNya sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang berbunyi :

Wahai manusia,taatlah kepada tuhanmu yang telah menciptakanmu dari seorang manusia dan Dia menciptakan dari manusia itu pasangannya dan dari mereka berdua,berkembanglah lelaki dan wanita di bumi yang telah diciptakanNya itu ” ( An-Nisaa’ ( 4 ) : 1 )

B) Kehamilan merupakan sebuah penyaluran dari dorongan seksual lelaki dan wanita secara bersih dan sihat pada tempat yang telah Allah siapkan bagi pertumbuhan benih baru manusia.Dengan demikian,pergaulan diantara lelaki dan wanita terikat dalam satu tanggungjawab yang pasti untuk membangun kehidupan berlandaskan apa yang telah ditetapkan olehNya.

C) Kehamilan juga menyempurnakan sifat kewanitaan seorang wanita kerana dengan kehamilan itu,dia dapat merasakan proses memelihara anak di dalam kandungannya yang kelak akan dilahirkan.Anak-anak ini memerlukan perlindungan,pemeliharaan,kasih sayang,asuhan dan didikan secara terus menerus dan tanpa kenal erti penat lelah….Untuk itu,adalah perlu wanita memiliki pengalaman dengan penuh penderitaan dalam menghayati proses kejadian manusia supaya kelak dapat melindungi anak yang telah dilahirkannya dengan sempurna.Dengan penghayatan,pengalaman dan penderitaan pada diri wanita hamil,akan tumbuh perasaan kasih sayang yang mat mendalam terhadap anaknya hingga mereka terus didampingi dan diharapan pada tujuan hidup yang bahagia.

No comments: